MINGGU 1
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Lukisan teknik titik
Tajuk : Bunga Ros
Rujukan : Buku Teks PSV M/S 8 - 11
Bila sekali tengok gambar contoh yang akak berikan pada murid .... majoriti cakap "alaaaa cikgu , susahnya nak lukis gambar bunga ros . Belum cuba belum tahu . Senang saja nak ajar budak-budak kecik ni . Kita perlu ada perancangan , terangkan langkah demi langkah .. apa yang akak selalu buat bila mengajar murid melukis adalah ... ikut cikgu step by step . Alhamdulillah semua murid dapat lukis gambar bunga ros .... takde yang jadi bunga raya , bunga kekwa atau bunga matahari .
Ada yang dapat hasilkan gambar bunga ros yang sangat cantik ... selalu beri pujian . Kalau hasil yang seberapa tu masih lagi akak puji tapi dalam masa yang sama akak bagi cadangan agar lukisan tersebut dapat dicantikkan lagi .
antara hasil kerja murid
Boleh rujuk buku Panduan Pengajaran PSV tahun 5 muka surat 3.
RPH untuk aktiviti ini akan dikongsi dalam masa terdekat kerana akak agak sibuk lately .