Saturday, October 12, 2013

PSV Tahun 4 : Diorama


MODUL 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
AKTIVITI : DIORAMA
TEMA : ALAM SEMULA JADI 


9 - 12 Oktober akak menghadiri Kursus ( CPD )  KSSR Tahun 4 bagi subjek Pendidikan Seni Visual ... kumpulan akak iaitu Kump.9 telah ditugaskan untuk menghasilkan diorama . Berikut adalah hasil-hasil diorama kami untuk dikongsi bersama sebagai rujukan guru-guru PSV Tahun 4 tahun hadapan  . 



Rakan - rakan akak buat akuarium , akak pula buat diorama Taman di halaman rumah .... bukan apa bila dah balik ke sekolah nanti masa akak amat terhad untuk menghasilkan contoh-contoh seperti ini . 


Belum siap sepenuhnya sebab tak cukup bahan .


bertemakan alam purba ... ni pun perlu ditokok tambah lagi ... aci tak kalau mak curi dinosaur mainan Akim ?



Kotak akuarium ni dihasilkan oleh anak murid akak semasa aktiviti Bulan kreativiti tahun lalu .. akak cuma tambah sikit-sikit lagi untuk mencantikkan diorama ni .






Selain kotak , cikgu-cikgu boleh gunakan bekas lain seperti balang dan botol untuk menghasilkan diorama . Aktiviti ni sangat menarik dan akak pasti anak-anak murid kita pun pasti akan suka .


Langkah-langkah mengahsilkan diorama 

CREDIT To : Kumpulan 9 ,  Peserta Kursus KSSR PSV Tahun 4 ( Guru-guru Zon Keramat & Sentul ) Oktober 2013 . Terima Kasih .

11 comments: