Monday, September 30, 2013

Bilik Seni Sekolah Kami


Selepas mengemas teringin pulak nak ambik gambar bilik seni ... selalunya akak akan kemas sendiri bilik ni . Hari Khamis dan Jumaat la baru sempat nak menyapu betul sebab dua hari tu jadual tak padat . Akak jarang panggil tukang sapu untuk masuk menyapu dalam bilik ni , kalau akak panggil pun hanya untuk ambik sampah je . 

Murid-murid ada juga tolong menyapu tapi sapunya cara budak-budak la . selalunya cikgu tahap 1 akan sapu sendiri baru puas hati . Terima kasih buat kawan-kawan yang tolong pastikan bilik seni bersih dan selesa . 



Hasil kerja murid , nak ditampal di soft board .


Akak nak lapik meja-meja ni dengan tikar getah ... tapi masih mencari dana . Kalau ada rezeki lebih , hujung tahun boleh la kot alas meja - meja ni . Sekarang ni agak comot sebab warna putih .. susah nak jaga .


Pensil warna dan krayon akak masuk dalam bekas-bekas macam ni je , kalau duduk dalam kotak selalunya tak cukup bilangannya ... budak-budak ni bukannya reti jaga ... setiap kali akak menyapu , mesti ada colour pencils , pemadam , pembaris bawah meja .



Bilik seni ni bukan saja diguna waktu Pend Seni , tapi diguna juga oleh murid-murid tahun 6 masa untuk kelas tambahan . Air-cond dalam bilik ni dah lama tak berfungsi tapi magicnya bilik ni sejuk walaupun di luar cuaca panas . Jangan tanya kenapa ?




Puas hati sebab bilik ni digunakan sepenuhnya ... memang berbaloi la minta GB wujudkan satu kelas untuk Pendidikan Seni Visual / Dunia Seni Visual . Subjek kesukaan akak sejak sekolah rendah lagi .

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...