Thursday, December 13, 2012

Kursus KSSR DSV Tahun 2 : Stabil / stabile

 DSV Tahun 2 : Stabil / stabile
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan


Hasil kerja rakan - rakan guru yang menghadiri kursus KSSR DSV Tahun dua Zon Keramat pada tahun 2011 . Dikongsi di sini sebagai rujukan dan panduan semua .






Wednesday, December 5, 2012

Bila kelas melebihi guru yang ada .... block


Semalam takde entry ... sibuk maklum la cik abang balik ...tapi baliknya sekejap sangat , sampai rumah pagi ..lepas Magrib dah bertolak balik ke PD ..naik motor pulak tu .. sungguh risau akak selagi dia tak selamat sampai ke sana . Bila dia call bagitau dia dah sampai ...barulah lega rasa hati . Syukur Alhamdulillah .

Hari ni pegi sekolah seperti biasa .... tapi cikgu yang tinggal di sekolah hanya beberapa kerat je , ramai sangat yang keluar kerana berkursus , game sofbol dan lain-lain ... bila bilangan kelas melebih guru yang ada di sekolah , maka jawabnya kena block la jadualnya .. duduk dalam kelas yang sama dari awal sampai la balik . 

Nasib baik sebelum rehat kami conduct aktiviti di dewan sempena Kempen Hijau . Akak dan sorang lagi cikgu incharge aktiviti kolaj Tahap 1 . dengan bertemakan kempen hijau macam - macam lukisan ( kolaj ) yang murid - murid Tahun 1 , 2 dan 3 hasilkan . Aktiviti kami buat di dewan so lebih senang nak handle murid . 

Ada yang meniarap , tekun memotong dan menampal ... tak kisah la , janji asal hasil yang menarik di penghujung aktiviti ... lupa pulak akak nak ambik gambar contoh - contoh kolaj yang cantik ... esok plan nak bawak kamera lagi , so boleh la tangkap gambar kolaj2 tu .

Saturday, December 1, 2012

Kursus KSSR DSV Tahun 2 : Tembikar

DSV Tahun 2  :  Tembikar 
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional


Gambar - gambar dalam entry kali ini adalah hasil kerja rakan-rakan guru - guru Zon Keramat yang telah menghadiri kursus KSSR DSV Tahun 2 pada tahun 2011 . Akak paste semuanya di sini sebagai rujukan untuk diri sendiri dan rakan - rakan yang lain .

Insha Allah akak akan kongsi lagi koleksi gambar hasil seni guru dan murid untuk panduan kita semua . Sharing is caring .










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...