Thursday, December 13, 2012

Kursus KSSR DSV Tahun 2 : Stabil / stabile

 DSV Tahun 2 : Stabil / stabile
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan


Hasil kerja rakan - rakan guru yang menghadiri kursus KSSR DSV Tahun dua Zon Keramat pada tahun 2011 . Dikongsi di sini sebagai rujukan dan panduan semua .






Wednesday, December 5, 2012

Bila kelas melebihi guru yang ada .... block


Semalam takde entry ... sibuk maklum la cik abang balik ...tapi baliknya sekejap sangat , sampai rumah pagi ..lepas Magrib dah bertolak balik ke PD ..naik motor pulak tu .. sungguh risau akak selagi dia tak selamat sampai ke sana . Bila dia call bagitau dia dah sampai ...barulah lega rasa hati . Syukur Alhamdulillah .

Hari ni pegi sekolah seperti biasa .... tapi cikgu yang tinggal di sekolah hanya beberapa kerat je , ramai sangat yang keluar kerana berkursus , game sofbol dan lain-lain ... bila bilangan kelas melebih guru yang ada di sekolah , maka jawabnya kena block la jadualnya .. duduk dalam kelas yang sama dari awal sampai la balik . 

Nasib baik sebelum rehat kami conduct aktiviti di dewan sempena Kempen Hijau . Akak dan sorang lagi cikgu incharge aktiviti kolaj Tahap 1 . dengan bertemakan kempen hijau macam - macam lukisan ( kolaj ) yang murid - murid Tahun 1 , 2 dan 3 hasilkan . Aktiviti kami buat di dewan so lebih senang nak handle murid . 

Ada yang meniarap , tekun memotong dan menampal ... tak kisah la , janji asal hasil yang menarik di penghujung aktiviti ... lupa pulak akak nak ambik gambar contoh - contoh kolaj yang cantik ... esok plan nak bawak kamera lagi , so boleh la tangkap gambar kolaj2 tu .

Saturday, December 1, 2012

Kursus KSSR DSV Tahun 2 : Tembikar

DSV Tahun 2  :  Tembikar 
Bidang : Mengenal Kraf Tradisional


Gambar - gambar dalam entry kali ini adalah hasil kerja rakan-rakan guru - guru Zon Keramat yang telah menghadiri kursus KSSR DSV Tahun 2 pada tahun 2011 . Akak paste semuanya di sini sebagai rujukan untuk diri sendiri dan rakan - rakan yang lain .

Insha Allah akak akan kongsi lagi koleksi gambar hasil seni guru dan murid untuk panduan kita semua . Sharing is caring .










Tuesday, July 3, 2012

Bilik untuk berkarya .. terima kasih pihak pentadbir

  DSV Tahun 2 : Resis
Tajuk : Bunga Raya Bunga Kebangsaan
Bidang : Menggambar


Hari ni nak buat entry tentang aktiviti akak di sekolah la pulak . Sejak dari minggu lepas , akak diberikan oleh pihak pentadbir untuk menyelaras bilik seni yang baru . Dah lama benar akak minta pada pentadbir untuk adakan satu bilik seni ... bukan apa , kalau ada bilik khas untuk Pend.Seni Visual , senang la anak2 ni nak belajar ... kalau buat di kelas susah sikit , susah bagi murid , apatah lagi bagi cikgu2 seni nak angkut BBM , alatan dan media bawak ke kelas . 

Dah lama juga pentadbir sekolah kami mohon 1 bilik untuk dijadikan bilik seni pada sekolah yang ditumpang ... jawapannya hampa ... kebetulan bilik yang akak guna skrg ni , cikgunya ditugaskan menyelaras bilik lain .... so dapat la akak bilik ni ... Syukur Alhamdulillah . InsyaAllah akak akan cuba gunakan sebaik mungkin peluang yang diberi ni . Bilik ni sangat sesuai utk bilik seni ... cuma buat masa ni belum ada sinki , so murid2 terpaksa basuh alatan di paip di luar kelas . 


Lihatlah anak teruna akak ni ....nampak gayanya ada mewarisi tangan mak dia ... apa yang diwarisi dari ayah ? ... ada .. mulut yang muncung time pulun buat keja tu . Hari ni aktiviti seni Tahun 2 adalah resis dengan bertemakan lukisan bunga raya . Mulanya takut jugak nak bagi budak2 Tahun 2 ni guna water color ... Alhamdulillah semuanya ok .. hanya sorang dua je yg tak cermat ... yg lainya masih bersih bajunya bila aktiviti mewarna selesai ... termasuklah anak teruna akak tu .. terlupa nak bawak apron .

Objektif pengajaran hari ni tercapai .


Bilik seni akak belum selesai dideko-deko lagi ... nanti dah cantik akak tunjuk kat korang .. sekarang ni akak dok busy mengecat semula bilik ni ... cat warna putih je ... sebab akak nak bilik ni nampak luas dan cerah . InsyaAllah bilik ni boleh beroperasi sepenuhnya lepas cuti semester nanti .

Monday, July 2, 2012

Operasi menghias bilik seni

Entry kali ni nak tepek gambar bilik seni ... bilik ni akak yang jaga ... asalnya makmal komputer ... bila sekolah dah dapat bangunan makmal komputer yang lebih besar , bilik ni jadi bilik SUP dan sekarang share dengan bilik seni .. dah lama minta nak adakan satu bilik seni , akhirnya dapat jugak .. GB pun dah usahakan untuk pasang sinki ... walaupun airnya tak berapa deras tapi ok la daripada tak ada . 

Masih lagi dalam proses deko - mendeko ... tak de masa sangat , dihimpit dengan beban tugas lain . Bilik ni jugak selalu kami guna untuk kelas tambahan tahun 6 . Akak suka bawak budak ke sini sebab bilik ni sejuk walaupun tak ber-aircond .

Pagi tadi kelas block .. so sempat la menghias mana-mana yang patut ... bila la nak free , nak jahit curtain simple2 untuk bilik ni .


Akak suka ambik gambar .... sebahagian gambar warga sekolah yang akak montajkan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...