Tuesday, July 3, 2012

Bilik untuk berkarya .. terima kasih pihak pentadbir

  DSV Tahun 2 : Resis
Tajuk : Bunga Raya Bunga Kebangsaan
Bidang : Menggambar


Hari ni nak buat entry tentang aktiviti akak di sekolah la pulak . Sejak dari minggu lepas , akak diberikan oleh pihak pentadbir untuk menyelaras bilik seni yang baru . Dah lama benar akak minta pada pentadbir untuk adakan satu bilik seni ... bukan apa , kalau ada bilik khas untuk Pend.Seni Visual , senang la anak2 ni nak belajar ... kalau buat di kelas susah sikit , susah bagi murid , apatah lagi bagi cikgu2 seni nak angkut BBM , alatan dan media bawak ke kelas . 

Dah lama juga pentadbir sekolah kami mohon 1 bilik untuk dijadikan bilik seni pada sekolah yang ditumpang ... jawapannya hampa ... kebetulan bilik yang akak guna skrg ni , cikgunya ditugaskan menyelaras bilik lain .... so dapat la akak bilik ni ... Syukur Alhamdulillah . InsyaAllah akak akan cuba gunakan sebaik mungkin peluang yang diberi ni . Bilik ni sangat sesuai utk bilik seni ... cuma buat masa ni belum ada sinki , so murid2 terpaksa basuh alatan di paip di luar kelas . 


Lihatlah anak teruna akak ni ....nampak gayanya ada mewarisi tangan mak dia ... apa yang diwarisi dari ayah ? ... ada .. mulut yang muncung time pulun buat keja tu . Hari ni aktiviti seni Tahun 2 adalah resis dengan bertemakan lukisan bunga raya . Mulanya takut jugak nak bagi budak2 Tahun 2 ni guna water color ... Alhamdulillah semuanya ok .. hanya sorang dua je yg tak cermat ... yg lainya masih bersih bajunya bila aktiviti mewarna selesai ... termasuklah anak teruna akak tu .. terlupa nak bawak apron .

Objektif pengajaran hari ni tercapai .


Bilik seni akak belum selesai dideko-deko lagi ... nanti dah cantik akak tunjuk kat korang .. sekarang ni akak dok busy mengecat semula bilik ni ... cat warna putih je ... sebab akak nak bilik ni nampak luas dan cerah . InsyaAllah bilik ni boleh beroperasi sepenuhnya lepas cuti semester nanti .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...