Wednesday, October 1, 2014

DSV Tahun 2 : CAPAN


BIDANG : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

TAJUK : Kertas Pembalut Hadiah

AKTIVITI : CAPAN


Puan Norhasmawati menunjuk cara kepada murid- murid .








 

Wednesday, July 2, 2014

PSV Tahun 4 : Kaligrafi


Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Kaligrafi
Tajuk : Penanda buku 











Rekaan yang dihasilkan oleh pelajar menggunakan kertas bercorak kaligrafi ini adalah origami baju . Maaf akak terlupa nak ambil gambar .

* untuk rujukan yang lebih jelas bagi aktiviti kaligrafi ... sila klik sini 

Wednesday, February 19, 2014

Bertukar ... mood baru 2014

Ini gambar tahun lepas sebelum bertukar kulit .


Bahagian bawah tu akak tampal dengan kertas pembalut hadiah berwarna hitam .. susah sikit nak nampak kotor . Sekeping 50 sen je .. akak beli di Kaison , Festival City .

Baru juga menceriakan board info PSV . Harap semua warga SKPT2 sama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan bilik seni kita .



Saturday, February 1, 2014

DSV TAHUN 2 : RESIS


DSV TAHUN 2
BIDANG : MENGGAMBAR
AKTIVITI : RESIS
TEMA : ALAM SEMULA JADI


 Gambar-gambar ni dah lama dalam simpanan akak .. better akak share untuk rujukan kita bersama .


 TAJUK : BUNGA KEBANGSAAN


BUNGA KEBANGSAAN

CREDIT to : Peserta Kursus KSSR DSV Tahun 2 ( Guru-guru Zon Keramat  ) Sept 2011 . Terima Kasih .

Friday, January 31, 2014

PSV THN 4 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN ( LUKISAN )


MODUL 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 
AKTIVITI : LUKISAN ( STENSIL )
TEMA :  OBJEK BUATAN MANUSIA
BUKU TEKS PSV THN 4 : M/S 34-35 



Sila abaikan keadaan meja yang bersepah tu ... biasa la cikgu Yanti ni selalu buat kerja 3 in 1 . Memotong kad manila untuk buat folio seni budak-budak . 


Tekun .. suka benar dengan motif  'love' ni .





 



The special one ... Adam .. tahun ni dah nampak motifnya .. well done Adam .


PSV Tahun 4 : Menggambar


Assalamualaikum ,

Lama jugak akak tak update blog ... faham-faham je la kan , awal-awal tahun ni kebanyakkan kita semua sibuk dengan macam-macam tugasan . Tahun 2014 ni akak ditugaskan mengajar PSV Tahun 4 .. memandang sekolah kami hanya ada satu kelas bagi setiap tahun , so tak dapat la akak nak share aktiviti dengan cikgu seni yang lain di sekolah akak ... di sinilah tempat akak kongsikan segala aktiviti seni yang akak buat dengan anak-anak akak di sekolah . 

Mesti ada yang tanya .. sempat ke nak ambik gambar masa PdP ? .. adakalanya sempat , dan kadang-kadang tu memang tak sempat dan terlupa sebab sibuk guide budak-budak . Akak memang tak suka budak - budak buat cincai-cincai .. rugi bahan yang kita bekalkan tu ... sebab tu kita kena monitor dan guide diaorang dan bagi idea . Murid-murid lelaki akak kena tumpukan lebih sebab diaorang ni kebanyakkannya jenis yang nak cepat siap je .

Untuk tahun ni akak dah buat 3 aktiviti tapi satu ni je yang sempat diambil gambar ... itupun tak banyak . Insha Allah in future akak akan cuba snap-snap lebih banyak lagi .. Plan nak jahit apron yang ada a few pockets , senang akak nak letak alatan dan jugak handphone akak .. memudahkan akak buat beberapa task dalam 1 masa . 


Kita cikgu PSV 4 tahun ni beruntung sebab dah ada buku teks ... kalau yang tak berapa faham tu kita boleh rujuk situ .. budak-budak pun senang nak tengok contoh , dah tak payah cikgu nak print . Macam nak melukis gambar di atas ni ... objektif hari tu tercapai hampir 100% cuma hasilnya antara cantik dengan tidak je la ... murid - murid faham kaedah mewarna dengan betul yang menunjukkan kesan arah cahaya .

Minggu kedua akak buat capan ... punya sibuk sampai lupa nak ambik gambar . Hasil kerja murid yang cantik akak buat frame simple2 dan pamerkan ... selebihnya masuk dalam folio seni diaorang ... hujung tahun bagi dioarang terus , kalau ada yang request nak bawak balik tunjuk parents boleh cuma pastikan dioarng bawak balik ke sekolah . Budak - budak kecik ni kebanyakkannya ada bakat ... kita perlu dorong dan bagi semangat ... puji-puji selalu . Yang tak pandai tu kita tunjuk contoh ... Insha Allah lama-kelamaan bakat diaorang akan menyerlah .

Lepas cuti CNY ni nak update papan kenyataan PSV ... dah sebulan tapi belum ada perubahan . Budget yang menjadi masalah utama ... kalau ada duit semua jadi kan ?

Sunday, January 19, 2014

PSV Tahun 4 : LUKISAN


MODUL 1 : MENGAMBAR
AKTIVITI : LUKISAN
TEMA : ALAM SEMULA JADI 
TAJUK : PERMANDANGAN SAWAH PADI


Hasil lukisan kawan-kawan peserta kursus .






CREDIT to : Kumpulan 1 , Peserta Kursus KSSR PSV Tahun 4 ( Guru-guru Zon Keramat & Sentul ) Oktober 2013 . Terima Kasih .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...