Monday, September 30, 2013

Bilik Seni Sekolah Kami


Selepas mengemas teringin pulak nak ambik gambar bilik seni ... selalunya akak akan kemas sendiri bilik ni . Hari Khamis dan Jumaat la baru sempat nak menyapu betul sebab dua hari tu jadual tak padat . Akak jarang panggil tukang sapu untuk masuk menyapu dalam bilik ni , kalau akak panggil pun hanya untuk ambik sampah je . 

Murid-murid ada juga tolong menyapu tapi sapunya cara budak-budak la . selalunya cikgu tahap 1 akan sapu sendiri baru puas hati . Terima kasih buat kawan-kawan yang tolong pastikan bilik seni bersih dan selesa . 



Hasil kerja murid , nak ditampal di soft board .


Akak nak lapik meja-meja ni dengan tikar getah ... tapi masih mencari dana . Kalau ada rezeki lebih , hujung tahun boleh la kot alas meja - meja ni . Sekarang ni agak comot sebab warna putih .. susah nak jaga .


Pensil warna dan krayon akak masuk dalam bekas-bekas macam ni je , kalau duduk dalam kotak selalunya tak cukup bilangannya ... budak-budak ni bukannya reti jaga ... setiap kali akak menyapu , mesti ada colour pencils , pemadam , pembaris bawah meja .



Bilik seni ni bukan saja diguna waktu Pend Seni , tapi diguna juga oleh murid-murid tahun 6 masa untuk kelas tambahan . Air-cond dalam bilik ni dah lama tak berfungsi tapi magicnya bilik ni sejuk walaupun di luar cuaca panas . Jangan tanya kenapa ?




Puas hati sebab bilik ni digunakan sepenuhnya ... memang berbaloi la minta GB wujudkan satu kelas untuk Pendidikan Seni Visual / Dunia Seni Visual . Subjek kesukaan akak sejak sekolah rendah lagi .

Sunday, September 29, 2013

DSV Tahun 2 : Mewarna teknik Gosokan

DSV Tahun 2 : Mewarna teknik Gosokan
Bidang : Menggambar

Selain mengajar BI akak mengajar jugak subjek Dunia seni visual ( DSV ) ... entry kali ni akak nak share salah satu aktiviti DSV Tahun 2 ... mewarna gambar robot dengan teknik gosokan .... aktiviti ni dah lama buat dengan diaorang ni , semester 1 cuma malas nak transfer gambar dari hp cap ayam akak tu ke laptop . Seperti biasa aktiviti DSV sangat ditunggu-tunggu ... aktiviti gosokan pada permukaan yang mempunyai texture ni asalnya kami nak buat di luar kelas ... murid2 dah siap turun bawak pensil warna dan kertas .... malangnya hujan la pulak on that day ... so plan terpaksa ditukar , dari outdoor menjadi aktiviti indoor ... bila dah buat indoor ni nak cari surface yang ada texture susah la sikit ... tak banyak pilihan ... hinggakan permukaan tingkap pun jadi ... tapi jangan risau aktiviti ni 100% di bawah pengawasan akak ... dan diaorang pun buat dengan berhati-hati .

Segala macam benda yang ada texture jadi bahan ujikaji .... benda lain yang diaorang guna adalah duit syiling , hingga cover hp teacher Yanti pun jadi mangsa .


Alhamdulillah objektif PdP untuk hari itu berjaya walaupun dibuat dalam kelas .

*p/s..gambar kurang cantik , malas nak angkut DSLR ke sekolah .

Bila cikgu terlebih rajin


Bila cikgu terlebih rajin , inilah hasilnya .... tak seberapa sebab banyak bahan yang takde .. actually akak buat panguin dari botol air ni untuk hlangkan boring .... kalau time menanda buku tu memang mengantuk ... sambil-sambil tu akak pun create ler apa yang boleh buat mata akak celik sikit . 


Tutorial macam mana nak buat panguin ni boleh minta pada En.Google . 

DSV Tahun 2 : Jom Melukis


Aktiviti ni cikgu jalankan pada waktu relief ... ambil peluang waktu ini untuk mengajar anak-anak tahun 2 ni melukis kartun dengan meniru gambar yang diberi . Ada step by step , so hasilnya agak cantik juga .

Amir memang berbakat tapi dia agak kurang sabar tertama bila mewarna , nak cepat siap .


Amsyar ni memang pandai melukis , sama macam uminya , ustazah Suhaili . 

kalau suruh buat kerja seni laju je ... 

mulut sama naik dengan tangan ... pot pet pot pet sambil melukis 

 senang je nak lukis kalau ikut step by step .. ada yang buat corak .

sambil menyelam minum air ... tchr sempat tampal worksheets dalam buku latihan budak-budak

Bilik Seni yang masih belum cukup ceria ... tak cukup masa ... byk kerja lain menunggu

DSV Tahun 2 : Stabil /stabile

DSV Tahun 2 : Stabil /stabile
Bidang : Membentuk dan membuat binaan


Last Thursday kitaorang buat stabile ... kalau sebelum ni kami buat stabile bentuk bunga , kali ni tchr ajar buat bentuk rama-rama pulak ... bila dah banyak tu nampak cantik la jugak hasil kerja budak umur 8 tahun ni ... diaorang ni jenis nak cepat siap ... kurang teliti mewarna ... tchr dah tunjuk beberapa contoh kat whiteboard ... malas diaorang nak tiru . Buat yang simple - simple je . 


Minggu depan kita buat pasu pulak daripada plastesin .

DSV Tahun 2 : Tembikar



Hari Kamis lepas aktiviti DSV kami adalah membuat tembikar daripada tanah liat ... menggunakan teknik lingkaran . Alhamdulillah objektif PnP hari tu tercapai bila semua murid tahun 2 dapat hasilkan tembikar dengan teknik yang diajar . 

Akak ambik gambar sorang-sorang sebagai bukti ... nanti akak nak print bersekali dengan aktiviti2 membentuk dan membuat binaan yang lain dan masukkan dalam fail evidens diaorang . Kalau boleh akak tak nak simpan hasil kerja diaorang ni .. bagi diaorang bawak balik , lagipun plastesin tu diaorang beli guna duit sendiri . Akak hanya bekalkan sorang sikit warna lain supaya tembikar diaorang colourful sikit .

boys ni kalau boleh semua nak cepat siap ... bukannya tak kreatif tapi malas nak buat dengan teliti .


ni yang dihasilkan oleh murid perempuan ... ok la kan bagi murid 8 tahun , lagipun diaorang ni kurang expose pada aktiviti2 macam ni .


Minggu depan kami akan buat gasing pulak .... maka selesailah 11 aktiviti yang diaorang patut belajar bagi tahun 2 ... so lepas ni boleh ulang teknik yang sama dengan aktiviti dan tajuk yang lain . 

* gambar diambil dengan hp je , so kualiti pun biasa-biasa je

Warna-Warni Dunia Seni : Topeng Durian


Assalamualaikum , 

Hari ni terlebih rajin nak upload semula aktiviti seni yang pernah akak buat sebelum ni . Memang dah pernah buat entry ni dulu cuma bila tengok balik gambar tak keluar , masa tu akak letak gambar guna url daripada fb je ... so kali ni line intenet dah laju dan dapat la akak upload terus dari pc ... sayang sebab aktiviti - aktiviti ni bukan selalu akak dapat buat .. macam buat topeng durian ni ... sebab nak dapat markah tinggi untuk assignment , akak punya pulun buat yg terbaik .. Alhamdulillah meme tinggi la markah yg akak dapat time tu . Gambar-gambar ni juga sebagai panduan akak in future ... juga untuk rujukan orang lain juga .. moga ia dapat membantu . 


Bermula dengan proses menyiapkan acuan ... tengok berapa banyak tangan ada ... anak-anak pun sibuk nak tolong mak depa. Kemudian akak blender tisu dan buat gam sendiri ... 


buat kon kecik-kecik ... dan tampal pada topeng ... memerlukan kesabaran yang tinggi .


hampir siap dia punya duri ... masa ni duri masih tak keras sebab belum tepek tisu yg diblender . Lepas akak tepek tisu tu dengan gam dan keringkan .. ia jadi keras ... macam duri durian betul . sakit kalau terkena kulit .





Ini dah hampir 95% siap ... lupa .. sangat keras dan boleh tahan lama .. tapi dah hantar ke lecturer la . Kena buat lain kalau nak simpan untuk koleksi sendiri ... dan akak dibelenggu penyakit M untuk tujuan itu . Lain kali lah .

DSV Tahun 2 : Topeng Muka

Dunia Seni Visual Tahun 2
Bidang : Membentuk dan membuat binaan


Jom tengok gambar topeng bertemakan haiwan dan buah-buahan pula . Sesuai dijadikan contoh untuk P&P Dunia Seni Visual Tahun 2 . Gambar-gambar ni akak ambil masa kursus KSSR DSV 2011 . Senang untuk akak buat rujukan nanti . Semua topeng ni peserta kursus yang buat . Akak mohon izin untuk share ya .











cantik kan yang ni ?


CREDIT to : Peserta Kursus KSSR DSV Tahun 2 ( Guru-guru Zon Keramat ) 2011 . Terima Kasih .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...