Sunday, September 29, 2013

DSV Tahun 2 : Tembikar



Hari Kamis lepas aktiviti DSV kami adalah membuat tembikar daripada tanah liat ... menggunakan teknik lingkaran . Alhamdulillah objektif PnP hari tu tercapai bila semua murid tahun 2 dapat hasilkan tembikar dengan teknik yang diajar . 

Akak ambik gambar sorang-sorang sebagai bukti ... nanti akak nak print bersekali dengan aktiviti2 membentuk dan membuat binaan yang lain dan masukkan dalam fail evidens diaorang . Kalau boleh akak tak nak simpan hasil kerja diaorang ni .. bagi diaorang bawak balik , lagipun plastesin tu diaorang beli guna duit sendiri . Akak hanya bekalkan sorang sikit warna lain supaya tembikar diaorang colourful sikit .

boys ni kalau boleh semua nak cepat siap ... bukannya tak kreatif tapi malas nak buat dengan teliti .


ni yang dihasilkan oleh murid perempuan ... ok la kan bagi murid 8 tahun , lagipun diaorang ni kurang expose pada aktiviti2 macam ni .


Minggu depan kami akan buat gasing pulak .... maka selesailah 11 aktiviti yang diaorang patut belajar bagi tahun 2 ... so lepas ni boleh ulang teknik yang sama dengan aktiviti dan tajuk yang lain . 

* gambar diambil dengan hp je , so kualiti pun biasa-biasa je

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...