Wednesday, May 1, 2013

DSV : Bulan Kreativiti 2013

 

Bulan April adalah Bulan Kreativiti di sekolah kami ... sepanjang bulan ni akan diadakan aktiviti-aktiviti khas Panitia Pend.Seni Visual , Panitia Kemahiran Hidup dan Panitia Pend.Jasmani dan Kesihatan . Akak ketua panitia PSV ... Alhamdulillah semua aktiviti panitia PSV dah selesai ... terima kasih tak terhingga buat semua guru PSV yang melancarkan aktiviti yang dah dirancang . Majlis penutup dan penyampaian hadiah adalah 29 April nanti .

Antara gambar yang sempat akak ambil untuk aktiviti PSV ... 

Murid tahun 2 terlibat dengan pertandingan buat birthday cards ... akak ajar PSV budak-budak tahun 2 ni ... diaorang ni kalau suruh lukis sendiri berapa kerat sangat la yang buat betul-betul menjadi , so akak minta diaorang bawak stickers ... nampak kemas skit . 

yang ni kreatif skit .


aktiviti sand art untuk murid Tahun 3.

habis berpasir lantai dibuatnya . 
kalau aktiviti seni semua tekun ... 
Tahun 4 buat terompah 
Tahun 5 buat ulat daripada bekas telur

ni diaorang tengah sibuk jadi pereka fesyen pulak .


Ada yang sangat kreatif , buat yang lain daripada yang lain ... itu yang cikgu cari tapi ada jugak yang buat cincai - cincai je ... sekarang ni bidang seni juga menjanjikan kerjaya yang lumayan hasilnya ... so dari kecik kita kena pupuk minat budak2 ni kearah sukakan seni . 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...