Sunday, September 29, 2013

DSV Tahun 2 : Mewarna teknik Gosokan

DSV Tahun 2 : Mewarna teknik Gosokan
Bidang : Menggambar

Selain mengajar BI akak mengajar jugak subjek Dunia seni visual ( DSV ) ... entry kali ni akak nak share salah satu aktiviti DSV Tahun 2 ... mewarna gambar robot dengan teknik gosokan .... aktiviti ni dah lama buat dengan diaorang ni , semester 1 cuma malas nak transfer gambar dari hp cap ayam akak tu ke laptop . Seperti biasa aktiviti DSV sangat ditunggu-tunggu ... aktiviti gosokan pada permukaan yang mempunyai texture ni asalnya kami nak buat di luar kelas ... murid2 dah siap turun bawak pensil warna dan kertas .... malangnya hujan la pulak on that day ... so plan terpaksa ditukar , dari outdoor menjadi aktiviti indoor ... bila dah buat indoor ni nak cari surface yang ada texture susah la sikit ... tak banyak pilihan ... hinggakan permukaan tingkap pun jadi ... tapi jangan risau aktiviti ni 100% di bawah pengawasan akak ... dan diaorang pun buat dengan berhati-hati .

Segala macam benda yang ada texture jadi bahan ujikaji .... benda lain yang diaorang guna adalah duit syiling , hingga cover hp teacher Yanti pun jadi mangsa .


Alhamdulillah objektif PdP untuk hari itu berjaya walaupun dibuat dalam kelas .

*p/s..gambar kurang cantik , malas nak angkut DSLR ke sekolah .

2 comments:

  1. inga-ingat..dulu ada belajar teknik nie..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman akak dulu pun ada jugak aktiviti ni .. sesuai untuk budak-budak kecik kan ?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...