Friday, October 25, 2013

Felt Keychain : Aktiviti selepas UPSR


Ini adalah salah satu aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 6 selepas UPSR  ... juga dibawah bimbingan akak . Selain menjahit akak dan cikgu Noormi ajar mereka memasak pizza dan kek kukus dalam minggu ERT ni . Hari Ahad akak ajak abang misai ke kedai borong Bunga Reben di Jalan TAR . Dapat beli alatan dan bahan jahitan dengan harga yang jauh lebih murah dari kedai biasa .

antara bahan dan alatan yang diperlukan untuk membuat felt keychain


 Mula - mula memang susah sikit la nak mengajar menjahit ni .. bukan murid lelaki saja , murid perempuan pun sama , tak tau nak masukkan benang dalam lubang jarum , tak tahu nak matikan jahitan ... nak jahit pun masih terkial - kial . Akak ajar teknik yang paling senang dulu .


Hari kedua ramai datang jumpa akak , bodek nak kain felt lagi ... dah seronok la tu .. 








Lepas ni kalau baju or seluar koyak dah tak payah suruh emak jahitkan lagi .. semua dah menguasai asas jahitan tangan . 






Antara hasilnya . Tahniah atas penglibatan semua murid Tahun 6 .. untuk melihat aktiviti memasak Junior masterchef SKPT2 ..sila click sini  

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...